Bip..Bip.. You have one new message. Alahai siapalah hantar sms nie saat aku baru nak pejamkan mata. Hmm kacau betul lah! Getus hati yang sedang nak merehatkan otak sarat dengan masalah dan badan yang keletihan sebab seharian bekerja. Malaslah aku nak buka lagipun aku tau nie mesti mesej dari celcom tak pun maxis centre. Selagi tak buka tak baca sms hati tak keruan. Dengan mata yang sepet aku menekan butang open mesej. Allahuakbar!! Dengan keadaan yang dah terbaring aku terus terduduk bangun. "Salam. Apa khabar? Selamat hari lahir. Ini yang ke berapa?" Aku tekan butang reply. "Wslm. Terima kasih. Yang ke-23. "Owh. Dah layak dah tu. Dah habis study kan." "Tak habis lagi 23 jun baru habis secara tak rasminya. Apa yang layak tu?" Bekas mualim ku membalas sms ku "Dah layak untuk kawin hehe." Tapi kamu dah ada calon ka?. Aku terkesima dan dengan kehairanan bertanya lagi. "Hmm kenapa ye? Calon tu takde lagi, tapi minat ada juga." "Hah, oklah tu. Tapi saya nak tanya kamu ni dah ada yang istimewa ke di hati?" Tanpa berfikir panjang aku membalas, "takde lagilah. Lagipun sape lah nak saya ni." Mualim balas balik. "Jodoh kena usaha bukan duduk diam saja. Pendekkan cerita lah. Saya ada nak kenalkan kamu dengan seseorang ni. "Hah! Seseorang?? Siapa? Aku bertanya kembali. "Ada lah kawan mualim juga. Dia guru baru kat sekolah kita dan dia guru j-qaf. "Ooo ye ke jawab aku. Hmm.. Tapi kenapa mualim nak bagi kenal kat saya pula dengan guru baru tu? "Takde lah saya tengok dia sesuai dengan kamu. Aduhai..Sesuai lagi tu jawabnya. Tapi macam mana mualim tahu saya sesuai dengan dia? "Saya tahu lah sebab saya pun kalau masih bujang saya suka dengan cara kamu yang lemah lembut, pemalu dan pendiam." Tapi saya tak nak orang yang sama sikapnya dengan saya mualim. "Takpe lah kamu kenal-kenal dulu." Hmm.. Macam memaksa pun ada.
Aku dengan sepantas kilatnya membalas balik sms mualim itu tadi. "InsyaAllah. Tapi saya kena buat solat istikharah dulu ye." "Baiklah" jawab mualim ku. Ya, baru aku faham dan tersedar kenapa mualim ku asyik menghantar sms kepada ku dan bertanyakan pada ku tentang dua soalan ini: 1. Bila nak kawin? 2. Bila habis study?. Ooohhh no!! Kekadang terasa tension juga aku tau. Tapi aku pernah buat planning untuk diriku bila nak tamatkan zaman bujang hehehe. Sebab aku suka bernikah di usia muda sekiranya jodoh ku telah sampai serunya :-). Istikharah menjadi pilihan dalam membuat pilihan agar aku tidak menyesal suatu hari nanti. Memang pada mulanya aku rasa teramatlah sukar nak bangun sepertiga malam. Tapi aku gagahkan jua dan terus istiqamah. Alhamdulillah aku mendapat jawapan terhadap persoalan dan penantian ku ini.
Namun kini, aku berasa pelik kenapa adam itu sukar untuk memahami apa yang aku katakan. Dia seolah-olah ingin menyunting sang hawa tapi masih belum yakin terhadap apa yang dia telah katakan. Hingga kini aku berasa pelik dan buntu. Kenapa dah buat solat istikharah masih risau dengan jawapan yang ingin diberikan? Bukankah petunjuk dari Allah itu tidak pernah menipu hambanya yang berdoa dengan hati ikhlas. Terasa diri seolah-olah dipermainkan. Kalau dia lelaki yang berani mengapa takut datang ke rumah untuk merisik diri ini? Mengapa hanya berani dengan tulisan sms? Aku bukan tak sudi untuk berjumpa dengan mu seandainya kau mengerti dan memahami diri ini sebagai seorang wanita. Aku cuma ingin mahalkan diriku sebagai seorang wanita. Aku berdoa moga kau terbuka hati untuk datang mengambil ku dengan cara yang baik satu hari nanti. Keyakinan ku setelah mendapat petunjuk dari Allah.
Jangan tanyakan aku mengapa aku cintakan kamu, mengapa cinta ku begitu cepat hadir dalam hati ku. Siapalah kita untuk mempersoalkan perasaan yang Allah hadirkan untuk hambanya. Cinta itu tidak akan hadir sekiranya ALLAH tidak memberikan rasa itu kepada hambanya hatta kepada lelaki yang dia kenali. Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk hambanya yang disayangi. DIA tidak akan memberikan sekiranya kita belum bersedia.
Akhirnya istikharah cinta masih diteruskan untuk mendapat sekali lagi keyakinan yang dia adalah jodoh ku. Setelah ku buka kembali diari ku dan membacanya semula apa yang telah ku coretkan baru ku ingat yang dulunya aku telah pun membuat istikharah kepada seorang insan yang ku kenal dan sayangi. Namun, insan itu hanya muncul dalam mimpi ku sekali. Aku masih tidak berpuas hati dan teruskan lagi istikharah. Allah Maha Mengetahui. Dia kirimkan seorang lelaki yang tidak ku kenali hadir dalam mimpi ku. Dan kini, ku telah tahu yang dia lah sebenarnya di hati ku. Cuma menunggu jawapan yang pasti untuk ku mengakhiri zaman bujang ku. InsyaAllah. Semoga Allah memudahkan urusan ku dan dia.
Sungguh indah perancanganMu kepada ku.. Alhamdulillah Ya Rabb.

No comments:
Post a Comment