January 13, 2013

MARI KITA FIKIR SEJENAK..

Nafsu: Jom ponteng kuliah.

Akal: Betul juga. Sekali-sekala apa salah salahnya sebab selama ni tak pernah ponteng kan.

Iman: Menuntut ilmu itu amanah Allah.

Nafsu: Mak aku ni kuat membebel.

Akal: Lepaklah dengan kawan-kawan biar tak dengar mak membebel lagi.

Iman: Syurga itu di telapak kaki ibu.

Nafsu: Hensemnya mamat tu. Ngorat!

Akal: Takkan nak lepaskan peluang.

Iman: Jauhi zina. Ingat api neraka.

Nafsu: Malasnya nak sembahyang.

Akal: Boleh qada' nanti solat tu.

Iman: Solat itu tiang agama paling utama yang akan disoal pada hari kiamat nanti.




January 10, 2013

INSAN YANG ZALIM

Beliau seorang peniaga sederhana kaya. Beliau bekerja membeli lembu-lembu dari Iraq atau Iran kemudian membawa lembu-lembu tersebut bersama para pembantunya perlahan-lahan bermusafir sehingga sampai ke Syria dan Labenon. Kadangkala sampai ke mesir untuk dijualnya. Kemudian beliau membeli pakaian dan barang-barang lain untuk dibawa kembali ke Iraq.
Beliau seorang lelaki muslim yang sebenar...Selalu sembahyang malam, berpuasa, bersedekah kepada orang-orang fakir...Melaksanakan kewajiban terhadap Tuhannya dan juga orang ramai...Seorang yang warak dan bertakwa. Hartanya bukan untuk dirinya sahaja, tetapi juga untuk mereka yang berhajat dari kalangan sahabat handai, penduduk negerinya dan juga setiap mereka yang berhajat.
Di dalam satu perjalanan perniagaanya,sebelum meletus perang dunia pertama salji turun dengan banyak, jalan tertutup...rumput-rumput mati dan semua lembunya turut mati kecuali empat ekor bersamanya. Para pembantunya lari dan dia mula berpindah bersama lembu-lembu yang baki itu ke tempat lain. Niatnya ialah ke Halb Syuhaba' untuk menunaikan hutangnya di sana sekadar yang termampu dan meminta tangguh yang baki lagi sehingga ke tahun hadapan kerana perniagaan tahun itu tidak menghasilkan keuntungan. Sebenarnya, bersama-samaa kesusahan itu ada kesenangan.
Pada suatu petang, dia sampai di sebuah kampung kecil di dalam perjalanannya dari Hudaba' ke Halb Syuhaba'. Dia mengetuk pintu sebuah rumah penduduk kampung itu...apabila tuan rumah itu keluar, dia memberitahu bahawa dia adalah tetamu Allah dan ingin bermalam di rumahnya..apabila pagi nanti dia akan bermusafir ke kampung yang lain.
Pada waktu itu tidak ada hotel yang boleh ditumpangi oleh mereka yang bermusafir...tidak ada kedai makan yang boleh disinggahi oleh mereka yang di dalam perjalanan..dia dagang...seorang musafir mengetuk mana-mana pintu rumah di tempat yang dia sampai kemudian menjadi tetamu di situ...tidur sebagaimana tuan rumah dan makan minum bersama mereka tanpa apa-apa bayaran.
Tuan rumah mengalu-alaukan kedatangan tetamunya dan memasukkan lembu yang dibawa itu ke halaman rumahnya...dihulurkan makanan kepada tetamu dan juga rumput untuk lembu. Tuan rumah seorang miskin...beliau ditimpa kesusahan seperti yang menimpa orang ramai akibat salji turun dengan begitu lama dan banyak sehingga mematikan binatang ternakan dan juga tanam-tanamannya.
Beliau beristeri dan mempunyai seorang anak lelaki berusia belasan tahun. Di rumahnya terdapat dua bilik. Satu bilik untuk beliau dan isterinya sementara satu lagi diduduki oleh anaknya.Satu keluarga itu berkumpul bersama tetamu baru. Dari situ bermulalah hidangan yang amat menyelerakan.Tetamu dapat mengesan bahawa hidangan itu melibatkan sejumlah wang yang banyak. Setelah tengah malam, suami isteri kembali ke biliknya manakala tetamu menumpang di ruang bilik anaknya. Tetamu tidur di penjuru sebelah kiri dan si anak di penjuru sebelah kanan.
Setelah tuan rumah bertanya si tetamu apakah keperluan lain sehingga tetamu betul-betul merasai kerehatan, dia juga mempastikan kewujudan air di sisi tetamu...kemudian barulah beredar kembali ke biliknya untuk tidur bersama isterinya. Di dalam bilik, isterinya berbisik kepadanya. Abang! sampai bila kita berada dalam keadaan kepapaan yang teruk begini? Tetamu kita ini seorang yang kaya...kita amat memerlukan harta dan lembu-lembunya. Kita berhadapan dengan kelaparan yang tidak mampu ditanggung oleh orang kaya. Kita akan mati...pasti! Sekarang kita makan sehari dan berlapar sehari...bagaimana kalau kemiskinan melata ke seluruh kampung...kita tidak ada harta dan tidak ada makanan.
"Peluang terbuka hari ini dan tidak akan berulang lagi! Pergilah kepada tetamu kita ini...rampaskan hartanya dan ambillah lembunya agar kita dapat terus hidup". Jawab isterinya: "Bunuh sahaja...kemudian kita campakkan dia ke dalam lubang berhampiran lembah sana... siapa tahu? Siapa..!?
Akhirnya si suami termakan pujuk dan berazam untuk membunuh tetamu serta merampas harta benda yang ada bersamanya. Waktu itu satu seprtiga akhir malam. Segalanya tenang dan sinaran cahaya semaunya terpadam. Waktu itu tiada lampu rumah selain pelita minyak. Si suami mengeluarkan sebilah pisau dan mengasahnya kemudian menjejak kaki ke ruang bilik tetamu dan anaknya. Isterinya mengekori dari belakang. Menjengket setapak demi setapak dengan jemari kakinya..menghala ke sebelah kiri ruang bilik, tempat berehatnya tetamu. meraba-raba jasad sehingga tersentuh pehanya di dalam selaput kegelapan itu lalu disembelih bagaikan menyembelih kambing. Isterinya bergegas ke arah suami untuk menolongnya memapah mayat mangsa keluar dari bilik sembelihan itu...tiba-tiba terserlah mayat yang kaku tidak bergerak itu adalah anak kesayangannya.
Apakah yang telah berlaku di bilik tidur tetamu dan anak yang menjadi mangsa itu? Sebenarnya, si anak telah beralih tempat tidur tetamu sebaik sahaja ibu bapanya beredar dari situ. Kedua-dua insan..tetamu dan anak..mula membuka cerita-cerita yang menarik sampai larut malam sehingga si anak terlena di tempat tidur tersebut. Tetamu tidak mahu menganggu tidur si anak dan dia beredar ke tempat tidur anak tuan rumah. Ketika tuan rumah menjejak kaki ke ruangan bilik itu, dia yakin kedudukan tempat tidur dua insan tersebut. Lalu disembelih anaknya sedang maksud sebenarnya ialah membubuh tetamu. Seumpama peristiwa Al-Khariji yang ingin membunuh Amru Ibn Al-'Ash di kekelaman waktu fajar..terbubuh gantinya iaitu Kharijah bin huzafah. Apabila dia mengetahui berita tersebut, hatinya berbisik,"aku inginkan Amru tetapi Allah kehendaki Kharijah.."
Di sepohon pokok di pinggiran anak sungai Furat (berhanmpiran dengan Qarqisia') dua merpati kelihatan bercoleteh apa yang menjadi buah mulut orang ramai berkenaan kisah tetamu dan tuan rumah ini dan juga kisah keadilan langit:
Yang Pertama bersuara:
"Allah Maha Kaya sedang manusia adalah fakir. Allah Yang memberi rezeki dan Maha Mengetahui. Rezekinya termaktub bagi setiap yang bernyawa. Maka setiap orang hendaklah meminta rezekinya secara halal."
Yang Kedua menyambung:
"Tiada pengawal seumpama ajal. Allah Maha Memerhati dan Maha Mengira. Apabila makhluk tidur, Al-Khalik tidak tidur. Jiwa tidak akan mati sehinggalah cukup ajalnya."
Yang Pertama bersuara lagi. Peliharalah Allah, Allah akan memeliharamu. Sesiapa yang bertakwa kepada Allah akan dijadikan untuknya jalan keluar. Allah menolong hambaNya selama mana hamba itu menolong saudaranya."
Yang Kedua menambah:
"Kezaliman tidak kekal lama sekiranya kekal dia akan dihancurkan. Keadilan akan berterusan dan terserlah. Zalim adalah kegelapan sebahagian kegelapan adalh penjara. Adil adalah cahaya sebahagian cahaya itu adalah kerehatan perasaan. Haiwan, insan dan makhluk-makhluk lain mengulang-ulangi hikmat Tuhan dan keadilan langit. Semuanya mengambil pengajaran kecuali insan kerana ia amat zalim dan amat jahil.