Bismillahirahmannirahim…
Anak Perantau.. Mungkin dalam fikiran kau, mereka mahu bebas. Ya BEBAS! Bebas dari segalanya. Andai kau mengerti dan tahu liku-liku perjalanan hidup seorang anak perantau, nescaya air mata kau akan menitis setiap kali ingin melelapkan tidur di malam-malam mu.
Andai kau tahu luka-luka perjalanan seorang anak perantau, pasti air mata kau akan jatuh hari demi hari. Ya, mungkin tidak di depan manusia, tetapi di depan Tuhan. Anak perantau, siapapun diri kau. Aku yakin kau akan lemah. Lemah, lemah dan terus lemah. Nangis, nangis dan terus nangis saat terkenangkan ibu dan ayah.
Saat teringatkan ibu dan ayah. Saat terimbaskan ibu dan ayah. Saat itu, aair mata kau merembes laju keluar dari kelopak mata mu itu. Dan menyapa lembutnya pipi.
Anak perantau, perna kau rasa? Satu malam yang dingin, dalam pekat gelap malam berselimut embun malam yang meresap lewat pintu hati. Kau terasa sangat sukar untuk lelapkan mata, kerana ada sesuatu hal yang kau fikirkan. Mungkin masalah pelajaran, masalah kerja, masalah kewangan, masalah cinta, bahkan mungkin masalah yang terlalu sukar untuk kau mencari jalan penyelesaian. Lalu ketika itu, air mata jatuh. Jatuh pada empuknya bantal. Kerana ketika itu, yang terlintas di fikiran kita adalah dua sosok yang memberikan sejuta makna dalam hidup.
Dulu ada di depan mata, tapi hari ini tidak ada. Hanya bayangan yang bermain di imaginasi. Dulu suara itu kita bosan mendengarnya, tetapi hari ini kita merinduinya dan tercari-cari suara itu. Dulu tangan itu kita rasa biasa apabila dibelai dan disentuh, tetapi hari ini kita sangat perlukan sentuhan terindah itu. Dulu masakan dan hidangannyankita jamu tanpa ucap terima kasih, tetapi hari ini enak dan lazat mana pun hidangan di bumi perantauan, kita teringat masakan ibu. Dulu bebelan mereka kita anggap satu hinaan, tapi hari ini 'hinaan' itulah yang perlu kita hadam setiap detik. Dulu betapa tingginya ego kita berbuat salah tanpa lafaz kata maaf, tapi hari ini kita teringin lafazkan beribu kali, aku minta maaf mak. Aku minta maaf ayah. Aku sayang ayah. Dulu kita merajuk jika mereka tidak penuhi permintaan kita, dan mahu tidak mahu mereka tetap penuhi.
Tapi hari ini meereka yang 'merajuk' dalam diam tidak penuhi permintaan mereka. Kadang mereka tidak ingin pun satu sen dari kita, cukup doa dari seorang anak. Cukup ucapan 'apa khabar mak?' Di corong telefon. Tapi kita? 1 sen pun amat payah bahkan tidak pernah didoakan. Apatah lagi menghubungi. Dulu jika mereka tidak sihat, kita tahu mereka tidak sihat kerana kita nampak mereka di depan mata.Hari ini, jika mereka kata sihat, belum tentu benar mereka sihat. Dan boleh jadi sihat itu lah sihat terakhir mereka.
Benar, menjadi anak perantau akan lebih menghargai rindu. Menjadi anak perantau akan lebih menghargai waktu bersama keluarga. Menjadi anak perantau akan tumbuh rasa cinta yang tak pernah hadir pada mereka yang kau tinggalkan. Menjadi anak perantau akan semakin terasa betapa berharganya erti 'pulang'.
Ya Allah, tuntuni langkah kami anak-anak perantau. Jika kami mati dalam jalan ini, moga mati kami, mati yang menjadi kebanggaan dua sosok.
Sungguh, perjuangan kami belum selesai.!


